HALAMAN UTAMA

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pusat Sufi Sedunia (World Sufi Centre), Malaysia ingin mengalu-alukan penyertaan para ulama’ dan asatizah ke dalam Pusat Sufi Sedunia atau World Sufi centre (WSC).

World Sufi centre (WSC).merupakan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang terletak di Kuala Lumpur. WSC bertujuan untuk mengarusperdanakan peranan Tarekat dan Tasawwuf dalam pembangunan insan. Selain itu ianya bertujuan bagi membina satu  pergerakan berlandaskan amalan dan praktis Islam menurut Ahli Sunah Wal jamaah berdasarkan aqidah dari Asy ‘riah dan Maturidiah dan Tasawuf dari Imam Ghazali.

Pada tahun 2018 ini, World Sufi centre (WSC) sedang merancang untuk menganjurkan Persidangan Ulama’ Antarabangsa pada bulan Julai di Kuala Lumpur, Malaysia untuk membincangkan isu-isu penting berkaitan kebangkitan peradaban Islam. Persidangan yang akan diadakan buat kali  kedua ini akan mengumpulkan 100  ulama tempatan dan 150 ulama dari seluruh dunia.

 

OBJEKTIF: 

 Untuk mengkaji bagaimana Ketamadunan Islam dapat dihidupkan kembali dan bagaimana Kerangka Konseptual yang dibentuk dapat diterjemahkan kedalam aspek sosial, ekonomi,                        politik dan budaya.

 Membina satu rangkaian antarabangsa dan pemahaman berkaitan perbezaan pandangan di kalangan tokoh-tokoh Islam dan tokoh-tokoh lain di seluruh dunia.

 Mewujudkan kesedaran bahawa perlunya Masyarakat Islam memimpin tamadun dunia menjelang tahun 2050.

 Membangunkan dasar-dasar dan beberapa cadangan dalam bidang kritikal yang akan dilaksanakan oleh World Sufi centre (WSC).

6973total visits,13visits today